Pages

Wednesday, October 26, 2011

Media yang merosakkan KEPERCAYAAN.

Dua tahun lepas, kelas CTU part3. Dalam kelas ustaz ada cerita pasal filem "The Message-Story of Islam" berkisarkan kehidupan Muhammad SAW. Ustaz cakap movie ni dah lama dan pemimpin yang melaburkan duit utk filem ni ialah Muammar Gaddafi dari Libya. Cerita ni sangat menyentuh jiwa (bagi akulah) sebab kisah hidup Rasulullah sendiri adalah contoh terbaik sepanjang zaman. Dari situ aku cuma diingatkan bahawa Gaddafi adalah seorang pemimpin  Islam yang tegar memperjuangkan agama terutamanya bila ustaz kata "beliau tegas dalam PBB bila orang mempersoalkan tentang Islam".




Hujung tahun lepas, media disebarkan dengan gambar-gambar Gaddafi dan gaya kehiduppannya yang sungguh pelik. Yelah, memang pelik bila pakai baju askar letak frame gambar kat dada. Dah serupa Mak Gaga dah. Askar@bodyguard perempuan keliling pinggang dah macam gundik dah. Haha. Yes, aku memang percayakan internet dari arus perdana. Kat internet jer aku boleh baca alternative source untuk kisah2 yang orang biasa ceritakan. Dari situ aku andaikan yang ustaz aku tu cuma tau baca buku dengan tengok berita dunia kt RTM tiap-tiap malam.





Sampailah beberapa hari lepas, media memberi tahu yang Muammar Gaddafi dah pun ditembak mati, aku still tak dapat terima yang Gaddafi adalah pemimpin yang baik. Bagi aku bila terlalu lama seseorang memimpin, kalau dah terbiasakan sesuatu kuasa dan kepercayaan seseorang tu boleh bertindak tanpa memikirkan niat kepimpinan asal. Pemimpin ibarat kereta api yang sedang menuju ke stesen akhir, stesen itu adalah matlamatnya, dan rel kereta api itu adalah niat pemimpin tersebut. Jikalau rel kereta api itu terlalu lama dan dibiarkan berkarat, adakah kemungkinan untuk kereta api itu rosak atau tergelincir? Itulah persepsi yang sama aku bagi kat kerajaan negara aku sendiri. Tu citer pasal pemimpin yang lama memerintah. Tapi, pernah ke kita terfikir yang semua manusia ada kesalahan walaupun dia seorang pemimpin yang gagah perkasa.

Hari yang sama media bagitau yang Gaddafi dah meninggal dunia, bigboss aku En.Nasir ada cakap yang ni semua keje Amerika la ni, kalau xmcm mana rakyat boleh dapat kelengkapan senjata kalau x dari Amerika atau NATO. Aku cuma terfikir ada jugak logiknya, apasal aku xpnah terfikir macam ni. Oh maybe kesan kejatuhan Hosni Mubarak yang memipin Mesir dalam satu masa yang agak lama buatkan aku xpercaya pasal Gaddafi.

Dan hari ni aku ada baca artikel pasal kisah disebalik Siapa Gaddafi Sebenarnya? Artikel dari facebook Markaz Pas

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!



selebihnya sila ke link penuh Siapa Gaddafi sebenarnya?dan lepas tu aku pun terjumpa gambar ni;


Persoalan; Kenapa takde gambar Hosni Mubarak? atau Bekas pemimpin Tunisia yang digulingkan? Sebab diorang masih hidup lagi ke? Bukan ke Revolusi Arab ni untuk menumbangkan kerajaan keparat Arab?Ok,aku tak cakap aku percaya 100% artikel dan gambar diatas. dan dari sini aku mula nampak yang betapa bahayanya sesebuah media jika terlalu mudah dipercayai. Contohnya, blog yang aku baca setiap hari. Kadang-kadang dari ape yang dorang tulis boleh mempermainkan kepercayaan seseorang, dan kadang2 boleh jugak brainwash akidah seseorang. Jadi berhati-hatilah. Kita sudah tersempit didalam penipuan media. Kita rasa sesetengah blog ni citer semua rahsia disebalik media perdana, macam betul jer tapi pernahkah kita fikir yang internet juga salah satu mainan media. Boleh jadi Gaddafi memang pelik tapi ada sebab disebaliknya. Cuba kita renungkan. Sekian.


p/s : Moga arwah Muammar Gaddafi ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah.

Sori, dah lama xmenaip panjang macam ni. Source- Facebook Markaz Pas & Asad Ax

No comments:

Post a Comment