Friday, January 27, 2012

Aku, nasyid, sekali dan berkali-kali.


As salam. First of all aku nak korang dengar lagu kat video yang aku post ni. Ok, hari ni aku ada baca post obefiend tentang pengakuan Liam Neeson kat HuffingtonPost pasal keinginannya untuk masuk Islam. So, satu benda yang aku terfikir dalam artikel translate tu.


On filming in Istanbul, Neeson told British rag The Sun: "The call to prayer happens five times a day, and for the first week, it drives you crazy, and then it just gets into your spirit, and it's the most beautiful, beautiful thing… There are 4,000 mosques in the city. Some are just stunning, and it really makes me think about becoming a Muslim."

Translate:
"(ketika di Istanbul) Laungan azan yang berlaku lima kali sehari, dan untuk minggu pertama, ia mendorong anda gila, dan kemudian ia hanya masuk ke dalam semangat anda, dan ia adalah yang paling cantik, benda yang indah. Terdapat 4,000 masjid di bandar. Ada yang hanya menakjubkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir tentang menjadi seorang Muslim. '

Apa yang aku nak highlight kan kat sini, bukanlah pasal isu Liam Neeson dapat hidayah ke tapi perasan atau tidak ayat yang aku highlight kan berkait rapat dengan satu perkataan dalam bahasa arab yang disebut, Istiqamah. 




So, malam ni aku saja-saja dengarkan lagu nasyid yang aku tak biasa dengar. Seriously, walaupun aku sebelum ni pernah menyanyi nasyid kat sekolah tapi aku cuma terima masuk dua tiga artis nasyid jer dalam kepala aku. Dulu aku tak berapa suka dengan nasyid-nasyid jiwang macam Inteam, Unic, Mirwana, Mestica dan sebagainya. Macam tu jugak dengan group nasyid tradisional macam Hijjaz dengan Rabbani. Owh, kat sekolah dulu aku cuma jadikan Raihan, Brothers dengan Nowseeheart as reference. memang pelik. Tapi tu lah yang sebenarnya.

Aku cuma suka nyanyi lagu yang direka atau dinyanyikan oleh kumpulan nasyid sekolah aku jer. Bagi aku setiap kali kumpulan nasyid sekolah aku buat persembahan ia sangat-sangat lah best compare dengan artis yang perform pakai minus one. Tu lah salah satu keegoan aku waktu sekolah sampai satu masa aku pernah diajak oleh teman sekumpulan nasyid untuk perform lagu nasyid kontemporari (bagi aku waktu tu nasyid jiwang) waktu event sekolah tapi aku tolak dengan alasan aku busy study so aku takde masa nak training nasyid. By then, bila nak masuk pertandingan nasyid antara sekolah aku baru terhegeh-hegeh nak training nasyid. Padahal semua orang dah berlatih setapak kedepan.

Malam ni aku open semua file lagu nasyid ni walaupun aku tak selalu dengar. Sekali dengar macam malas giler nak dengar lagi-lagi aku dah lama tak dengar nasyid dan nyanyikan nasyid bila tangah bosan. Tapi aku dengar lagi sampai aku nak dengar lagi. Sebab apa? Sebab aku rasa sesuatu yang baik mesti ada keindahannya. Tapi keindahan tu macam tak dapat sampai kalau kita berada dalam satu keadaan yang tak bersedia. Aku mengaku keegoan aku selama ni kadang-kadang adalah batu keras yang susah untuk aku terima sesuatu yang baik. Dan selama ni aku cuma dengar nasyid atas dasar melodi jer, bukan erti yang nak disampaikan. Sememangnya semua melodi itu ada ertinya baik atau sebaliknya.

Ok bercerita pasal Istiqamah, aku cuma terfikir pasal pepatah melayu ni "Sekeras-keras mana kerak nasi itu, bila di rendam atau direnjis dengan air, lembut juga akhirnya." Tapi kalau direnjis sekali jer mana nya mahu lembut si kerak tu. So, cuba kita fikir balik apa benda yang sepatutnya kita lalukan secara berterusan ataupun Istiqamah bagi melembutkan hati kita ni. Sesetangah orang cakap ko dengarlah zikir, lebih baik dari dengar nasyid. Tapi perasan atau tidak memang susah dan beralasan untuk kita mengamalkan. Serius, aku tak mampu. Tapi cuba korang dapatkan zikir yang ada terjemahan. Macam dengar nasyid kan?

Apa-apa pun apa yang aku nak sampaikan cuma tentang pengalaman dan dunia aku sekarang yang mungkin ada diantara korang yang rasa benda yang sama. Bende macam ni buat aku terfikir dan mahu aku kongsikan buat kita bersama terfikir. Dalam dunia sekarang yang penuh dengan isu-isu politik, isu-isu akademik, isu kebebasan, gossip-gossip manusia yang selalu kita baca kat news feed laman sosial atau mana-mana website masih sempat ke kita nak fikir benda remeh-temeh macam ni dalam hidup seharian kita?Bergantunglah.

Sebab tu kita perlu selalu diperingatkan. Selalu diperingatkan. Selalu diperingatkan. Dan merperingati antara satu sama lain tentang kebaikan. Itulah istiqamah. Bukan selalu diperingatkan dengan dunia. Tu saja untuk post kali ni. Ada mood lain kali aku post benda lain. Tu pun kalau ada orang nak baca. Sebab majoriti kalau aku post banyak gambar memang banyak orang nak tengok dari banyaknya perkataan yang macam diatas. Ok. Salam. =)

1 comment:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete