Pages

Friday, March 9, 2012

Matlamat (2006)

Aku yang dulu. Apa yang aku nak tunjuk kat post kali ni adalah elaborasi sebuah nukilan terpaksa aku waktu zaman Sekolah Teknik Gombak. Waktu tu aku form 4 kelas Cikgu Zamri. Task waktu tu simple jer, setiap orang diberi sehelai decorative paper bunga-bungaan, lepas tu setiap pelajar dalam kelas 4 Awam 2 waktu tu kena tulis nama penuh, pencapaian PMR, target SPM untuk tahun depan, dan matlamat hidup dengan cara yang paling menarik. Kemudian kena selit bawah plastic cover meja yang kitorang duduk tu. Cikgu cakap ni untuk tatapan kitorang bila belajar. Kira Kertas Matlamat dan Cita-cita la.



Inilah Kertas Matlamat yang aku simpan sampai sekarang






Kelas 4 Awam 2 Tahun 2006. Aku ketua kelas dan sebelah aku Cikgu Zamri. Waktu ni kitorang paksa Cikgu bergambar walaupun cikgu tak nak. haha



Sebelum tu aku nak cerita siapa Cikgu Zamri. Cikgu Zamri atau lain aku ibarat dia sebagai ayah aku (sebab dia tahu setiap inci masalah aku waktu sekolah) adalah seorang yang paling motivatif dalam hidup aku. Cara pendekatan cikgu dalam setiap masalah aku memang kasar secara mental. Means,setiap kali dia tegur aku memang makan dalam efek sampai ke hati dalam punya dalam. 



Aku still teringat first time dia buat aku hangin dengan sindiran dia. Waktu sebelum tu aku tak pernah terasa dengan sindiran maybe tak berapa rasa sangat la. Dia tegur aku sebab ketua kelas yang datang kelas lambat. Well, takde la lambat sangat waktu tu. "RASIDI BIN SAAD BIN MINIT?DAH SAMPAI?" waktu check attendance kelas pagi2. Haha aku simpan jer belah malam aku personally jumpa kat bilik diapasal ni. Yelah, dah lama takde orang main nama bapak aku tiba2 cikgu boleh main pulak. Lagi-lagi ayah aku dah meninggal lama kot. So, bila aku jumpa dia tegur aku baik-baik, dengan cara kasar macam ni mungkin aku boleh ubah. Dan dia mintak maaf. So, aku take this as good lesson. Maybe tak pernah ada orang gunakan pendekatan macam ni kat aku selama ni.



Since that day, aku tau bila aku kena ayat-ayat pedas dia. Dan aku rasa ini lebih baik dari dirotan atau denda. Kesan dia mendalam dalam hati. Pernah jugak lepas tu dia bagi lecture nasihat sejam tanpa henti dalam kelas pagi since dia masuk kelas ganti tak silap aku, aku mencelah "Cikgu, saya nak ke kantin belikan cikgu air?Cikgu mesti haus bercakap tak henti-henti" lepas tu dia selamba jawab "tak payah la rasidi, saya puasa sunat hari ni"..hahaha.lepas tu satu kelas gelak. Dengan Cikgu Zamri banyak ajar aku pasal hidup ni. Macam mana kasar pun cikgu tetap sayang kan kitorang dalam kelas waktu tu. Sampai kitorang satu kelas kena surrender bagi no. telefon mak bapak kat dia bila kitorang ada masalah dalam belajar. Mak aku pernah terkejut bila cikgu call. Mak aku ingat aku buat masalah sampai cikgu call. Lupanya pasal pelajaran aku makin merosot. 



Pernah aku dating dengan awek aku berdua-dua dalam kelas waktu dah nak pertengahan SPM, kantoi dengan dia lepas tu kantoi pulak dengan cikgu chemistry aku yang jadi warden blok awek aku time tu. Malam tu aku jumpa dengan dia kat bilik ofis dia (aku memang selalu luah masalah aku.haha) pasal hal kantoi petang tu. Alih-alih bukan dia marah aku pasal tu tapi dia marah sebab aku kuat sangat bernasyid time dah nak SPM tu. Lagi satu dia anti sikit budak training nasyid showoff bajet suara sedap kat dekolah tu. True Story. Haha.



Okay. Sekarang aku nak cerita disebalik Kertas Malamat dan Cita-cita aku kt atas. Kertas ni ibarat maruah setiap pelajar la. Tak kira lah apa result baik buruk ko dalam UPSR atau PMR still kena letakkan atas tu dan setiap orang kena ada matlamat masing-masing. Aku ketua kelas waktu tu, tu pun cikgu yang pilih sebab aku lelaki paling banyak A PMR dalam kelas tu(xdela banyak pun). Tapi bila sebut matlamat SPM semua letak 10A. Memang la suatu yg tak mustahil, tapi aku tahu realiti aku. Aku cuma letak 6A (padahal dapat 4 jer haha). Sepatutnya aku kena letak kat matlamat tu apa yang aku nak jadi suatu hari nanti, macam biasa la dah nama kelas Kejuruteaan Awam takkan ko nak letak fashion designer kot. Tapi tu apa yang aku letak. Yeah, aku memang lain sikit dari yang lain. Dan yang paling uniknya antara kertas aku dengan kawan-kawan aku, aku punya ada lukisan yang menunjukkan personaliti diri aku.



Seterusnya, aku nak cerita kejadian yang menimpa aku sorang dalam kelas tu. Aku sorang jer yang dikoyakkan kertas tu depan kawan-kawan kelas. Malu, aku menangis waktu tu walaupun aku seorang lelaki. Memang la sehelai kertas tu bodoh-bodoh jer tapi penuh dengan apa yang aku sendiri jujur apa yang aku cita-citakan. Waktu tu cikgu pengawas, Cikgu Raja Sabarihan yang koyakkan. Punca? Banyak punca dia. Mula-mula dia serbu kelas aku buat spotcheck dalam kelas, lepas tu setiap orang yang ada poster artis,kartun semua kena koyak. Sebabkan aku duduk depan sekali sebelum cikgu blah dari kelas member sebelah aku Adib kena koyak poster naruto, lepas tu agaknya dia tengok ada lukisan atas meja dia koyak dengan gambar kenangan aku dengan member-member sungai pusu aku.



Yeah, lukisan tu adalah Kertas Matlamat aku. Maruah aku ibarat sampah dikoyakkan depan orang ramai lepas tu dibuang dalam tong sampah. Lepas jer cikgu blah aku mengamuk. Korang pun tahu macam mana aku mengamukkan? Aku direct ke bilik pengetua sebab kan ada nya mahluk macam ni. Sampai kat ofis aku dihalang dengan Cik Faizah yang merupakan cikgu kelas english aku waktu tu. teacher Faizah adalah penolong kanan sekolah yang banyak redakan aku waktu tu. Lepas tu dia nasihatkan aku pergi surau duduk sepanjang aku marah. Kemudian Helmi, kawan baik sekelas aku datang dekat aku dengan cebisan kertas yang dah kena koyak tu. Kemudian depan aku dia susun satu persatu macam puzzle. Aku terharu sebab ada member yang sanggup kutip setiap cebisan kertas tu walaupun dalam tong sampah. Lepas tu aku malu nak masuk kelas sehari tu. Helmi cakap Cikgu Zamri nak jumpa aku kat bilik dia sebab kelas awam aku takde dalam kelas. So,aku bawak cebisan lukisan tu jumpa Cikgu Zamri.



Datang kat bilik Cikgu Zamri, aku tak cakap apa cikgu terus mintak lukisan tu, lepas tu dia amik soletape tampal balik setiap lukisan tu. Bukan aku yang lekat semua lukisan tu. Sumpah demi Allah SWT aku takde tokok tambah dalam semua cerita aku ni. Lepas tu Cikgu Zamri pun cerita apa yang jadi sebenarnya, ada salah faham antara Cikgu Zamri dengan Cikgu Raja waktu tu yang aku tak boleh ceritakan. Apa yang pasti waktu tu Cikgu Raja tak puas hati dengan kelas aku atas sebab-sebab berkaitan cikgu. Sebab tu waktu spotcheck tu kelas aku jer yang kena, kelas lain tak kena. Apa pun yang aku boleh conclude'kan  hal ni terjadi atas salah faham antara orang dewasa. Biasalah setiap orang ada masalah masing-masing.



Hari ni kalau aku tanya balik kawan kelas aku agak-agak diorang ada lagi tak bende ni?tak tau la...Tapi aku still simpan sampai hari ni sebab aku nak ceritakan pada anak-anak didik aku satu hari nanti. Yeah, sampai hari ni aku still dengan matlamat aku tu. Nak kata aku keje sekarang sebab kejar duit? Taklah, semua sebab aku nakkan ilmu. Bukan senang orang lain offer nak mengajar 3d max walaupun dia tak berapa pandai cakap english lagi lah cakap melayu. Tu sifu 3d baru kat office aku la. One day aku cerita kenapa aku tolak offer belajar degree. Apa pun aku nak jadi orang yang biasa yang berguna sahaja. Biarlah ko nak cakap ko boleh beli Lambo 3 bijik lagi 2 tahun lagi ker. Doakan matlamat aku betul-betul tercapai. InsyaAllah.



Dalam apa yang terjadi macam yang aku ceritakan memang aku betul-betul bersyukur sebab ditemukan dengan mereka ni. Aku tak salahkan sesiapa dan kalau aku jumpa balik Cikgu Zamri, Cikgu Raja, Teacher Faizah dan Helmi aku memang nak berterima kasih sangat-sangat. Terima Kasih kerana sanggup baca semua ni. Kalau korang kenal aku amik la yang baik sebagai teladan dan yang buruk dari aku jauhkan lah. Satu lagi penceritaan aku dalam blog memang standard format. Dah nama pun penulisan blog. Dan aku serius.

1 comment:

  1. jarang tgk org lelaki tulis mcm ni..tp satu tatapan yg bagus..gud luck

    ReplyDelete