Saturday, August 3, 2013

Project HEAD 05 - Gundam RX 78-2 "Mechanical Burst"

"Okay...kali ni gua real punya. Masa untuk mencabar diri."


As-salam you guys. Project HEAD aka "Project HEroes and computer Artificial Design". Tadi aku ada post pasal project-project 3d model yang tergendala dan malas nak disiapkan. So sekarang yang apa yang aku dapat siapkan time aku bosan kat rumah sewa hari tu.

Aku memang gila pasal gundam sejak 2 tahun lepas. Seriously sebelum ni aku tak pernah amik tau pasal ke-osem-an gundam. Dan aku tak pernah follow anime gundam zaman sekolah dulu. #truestory Semuanya bila Acap officemate aku bagi anime Gundam 00 dgn MS Gundam Unicorn tahun 2011. Lepas tu ditambah dengan keasyikkan aku dalam nak memasang dan mengumpul model kit Gundam.

Gundam RX 78-2 dari siri Gundam 0079 aka One Year War adalah original story bagi segala cerita Gundam dari storyline Universal Century. Kira consider bapak segala gundam la ni. So aku ada amik reference dari boxart RG RX 78-2 untuk model ni.


Project HEAD Archive - Unfinished Model

"Biasa la der, kadang-kadang gua hangat-hangat tahi ayam jugak. Dah kata hobi sampingan. Hahaha"


As-salam you guys. Project HEAD aka "Project HEroes and computer Artificial Design" So, sebelum ni aku ada buat beberapa model head tapi malangnya ada yang tak siap, ada yg belum cukup ilmu, dan ada yang dah siap tapi time tu aku tak cukup teknologi untuk render dan ada yang hilang softcopy nya.

Seperti mana HEAD 00- Kamen Rider Blade aku tak dapat siapkan sebab kekurangan ilmu waktu tu sebelum aku dapat siapkan HEAD 01 - Iron Mang.