Pages

Tuesday, September 18, 2012

Time is the past - 'Pandora Box is open'

Assalamualaikum. Sorry it's been 6 months i didn't post any entry on this blog. Actually i'm totally forgot about my own blog since i'm very busy with my career (yeker mat?..) and an obsession to gunpla hobby and last anime..hehe...

Okay stop cakap orang putih. Aku cakap tak seghupa mat seleheh pong...hahaha. Well, hari ni aku ada bukak pandora box aku time aku blaja waktu sekolah dulu. Tak lain benda-benda mcm gambar-gambar serta surat dan kad-kad ~ehem~ waktu sekolah dulu. So sekarang ni aku klo dok tenung henpon tu kalau bosan segaban baru aku dok bukak instagram tengok gambar yang dikongsikan oleh masyarakat (dan rakan-rakan rapat.hehe). Lepas tu terfikir sejenak kalau la aku ni masih zaman sekolah dah ada instagram. Wow, agak menarik! Tapi lebih kepada kepoyoan dan kritikan masyarakat la aku rasa.


Inilah pandora box nya. Takde la rahsia sangat sebenarnya. haha



Serius, bagi aku ko tak boleh salahkan budak-budak yang baru nk up dan masyarakat yg ikut trend macam kepop, pop-pop, eskrem-pop dan sebagainya. Kenapa kita salahkan mereka yang mengikut trend ni? Sebab kita sebenarnya dah tahu mana baik dan mana buruk lebih dari mereka yang baru mengenal dunia. Takkan lah dah besar, ada bidang masing-masing, ada kareer, ada yang dah berkeluarga nak ikut benda-benda macam kan? Macam student designer la, mula-mula masuk blajar asyik dok bwt design modern petak2 jer sebab tu. Bila dah bawak masuk input rom, renascence, art deco, post modern la,minimalist la, futurist la, cik pong la, zen style macam-macam jadi last sekali. (Maaf, ni pendapat aku jer...)

Bercerita balik tentang pandora box aku. Dalam ni banyak sangat gambar-gambar zaman kamera filem 32mm yang mana filemnya perlu dicuci di kedai-kedai gambar untuk melihat balik apa yang ditangkapkan dari kamera tersebut. Betulkan statement aku?hehe... So, memang banyak dan 2-3 tahun lepas member sekolah Sg. Pusu aku ada request untuk post semua gambar ni kat internet. Tapi memang aku malas. Hari ada la rajin sikit scan balik pastu touch up sikit sebab resolution-nya kecik 3R-4R jer. Kebanyakkan gambar ni waktu zaman aku dengan member Sg. Pusu baru nak up dalam dunia Breakdance dan arus "papan selaju".(Haha, lulz gila nama!) Serta sikit-sikit waktu zaman poser jamming kt dabooka studio time sekolah Taman Keramat , gambar ~ehem-ehem~ dan gambar waktu study department civil engineering time sekolah Teknik Gombak. Tapi tak semua lah aku nak uplaod. Penat woo...

Okay lah, dah puas aku membebel. Aku upload smua gambar dalam hi-resolution. So, ada member-member berkenan nak print buat tatapan untuk anak-anak di masa depan ke, jangan la segan-segan untuk 'open link in new tab' untuk download. (jangan 'open image in new tab') Satu lagi kat sini ko bleh dapat hi-res. Kat facebook xsure boleh ke atau dorg shrink kan resolution tak nak kasi berat. Jangan risau, anda tak perlu filterkan dengan instagram-instagram anda sekalian. Ini gambar lama baik punyerr... dan xde watermark.hehe. Aku pick random semua ni. Kalau ada anda mahu request gambar yg pernah anda tengok dari box itu silakan. hehe

Waktu ni kami student awam SMT Gombak tengah buat research pasal Soil Analysis and Contour Survey kat Tasik Chini Pahang. (Sebut research macam pro jer padahal tengah amali sesajer.haha) Dan yang pakai spek kat tengah tu Cikgu Zamri. Seragam tak semua pakai helmet site?Haha.
Ni kat bengkel Kejuruteraan Awam SMT Gombak. Gambar ni adigital salnya dari Mal Hisyam pastu aku saje2 cuci. Waktu ni harijadi Cikgu Zamri dan biasanya kitorang sambut dengan BBQ ket hujung blok bengkel.


Signboard Tasik Chini Pun jadi lah.
Waktu kat atas boat pusing-pusing tasik chini.

Waiyo (Ehsan), Nuek, Ilham, G-jie, Yan, aku. Dinding ni kira rendezvous point kami untuk setiap session lepak dan bergambar. Semua pakai baju Line & kecuali Gjie pakai baju 'Kg Baru Kampungku' dengan selipar asadi seluar Cheetah sakai dia. Hahaha.
Macam bese la gambar mesti mau suma ada so pasang timer yang tak berapa nak timing untuk Gjie nak breakdance.
Kawasan lift GrafitiTown kat Times Square ni waktu dulu agak sunyi sebab baru mula-mula bukak. Kat sini la kitorang lepak. Dan boleh tengok view luar yg indah suasana. hehe
Aku mangsa Camwhoring time ni. Serius aku tau buat V Kick dengan adegan yg tak menjadi time tu.haha
Guys, ni Gjie kira dalam krew dia paling berbakat la. Sekarang ni memang banyak berubah. Masing-masing ada karier. Dan waktu ni aku kurus keding woo!
Muka masing-masing tak matured lagi. haha. Pakcik yg kiri ni saja buat photobomb time ni..
Breakdance kat public memang hobi member aku la time tu. Ni kat KFC Wangsa Maju. Wangsa Walk pun 5tahun belum bukak lagi.
Waiyo Kick!
Yang ni bagi aku photo paling Golden Click untuk aksi2 breakdance zaman tu.
Gjie kat monorail sorang-sorang pun dia bagi copiera kick.
Waktu mula-mula bertiga. Syakir Mizul dan aku yang tak berapa pandai main bass.
Ham, aku tak tau apasal aku nak post gambar ni. haha
Waktu mula-mula zaman sekolah menengah 2 orang yang paling tinggi time form 1 asrama ialah aku dengan Ilham. Sebabkan kitorang dari sekolah Taman Keramat dulu-dulu agak menjadi founder kepada gejala melepak tak tentu hala kat Bukit Bintang dulu. Kat bawah ni gambar perbezaan time aku form 1 dengan form 2. Semakin nak tingkatan semakin pendek kami. Itu hipotesis utk kadar ketinggian aku.

Tingkatan 1 Rajin
Dan ini waktu 2 Rajin. Cuma aku jer tak rajin-rajin. Haha. Nampak la bezanya kawan-kawan baru baligh time ni. Hehe.
Dan last gambar aku waktu kurus, muda, tampan, ego dan berhati kering.

Time ni interval antara aku nak tukar sekolah antara Sungai Pusu kembali ke SMK Taman Keramat. Time cuti ni aku, Ham dengan Haikal, Mael masuk sekolah jadikan port main papan selaju secara haram. Siap buat laucher dengan rail untuk boardslide skali kot. Last sekali cikgu dengan budak pengawas pecahkan buang smua benda tu. Pakai duit sendiri woo!

Terima kasih untuk sudi membaca blog saya. Ketika ini saya sudah gemuk, tuff dan buncit. (Lulz skema gila ayat...) Jangan lupa folow instagram saya. http://instagram.com/p/PqkaDJyL4j/?fb_source=og_snowlift_photo_user_message 

1 comment: