"dan setiap hari aku terfikir; apa yang dah aku buat dalam hidup ni? betul ke apa yang aku buat?"
As-salam. Hidup ni tak sempurna macam mana yang kita harapkan. Masa depan itu menakutkan bagi sesetengah orang. Kisah lepas yang kita memoirkan dalam perkataan harian sebenarnya suatu benda yg kita dah selesa. Tapi itulah apa yang aku, kau dan kau kena tempoh.
'The future is scary, but you can't just run back to the past because it's familiar.'-Robin Scherbatsky
Lama aku tak menulis. Banyak kali aku terfikir pasal nak menulis. Dan aku tak kisah kalau takde followers atau pembaca yang setia. Apa yang aku harapkan sangat dalam menulis ni?
Pernah tak sesekali siapa terfikir, manusia macam mana yang kita nak jadi bila kita dah takde kat muka bumi ni?
"Arwah baik orang nya" atau "Arwah baik orangnya, tapi...(?)"
Dah berbulan-bulan aku tak menulis. Dalam masa-masa ni lah banyak benda berubah. Sekarang aku tak lagi bekerja macam dulu. Hidup memang ada banyak perubahan. Dulu takde stay up sebab kerja tiap-tiap hari. Tapi dulu bila setiap kali aku pergi balik kerja aku melihat apa itu kehidupan dalam perspektif berbeza berbanding sekarang.
Terdetik untuk terfikir, mana lebih bermakna dalam hidup ni. Sebab tu lah, dalam kebiasaan ataupun lebih tepat keselesaan yang aku rasa ni, aku cuba sesuatu yang lain. Dulu kerja, macam mana tertekan sekalipun, satu masa boleh dilepaskan. Kemudian sambung balik. Dan irama hidup ni berputar hingga satu masa hidup ni rasa tak bermakna. Nak maki orang pun takde guna.
Cuma tau jer lah. Hidup itu ujian. Kalau tak diuji takde istilah hidup.
Sekarang, belajar. Bukan nak komplen pasal apa yang dah ada patut bersyukur tapi bagaimana aku berfikir dalam setiap persoalan yang bermain dalam kepala setiap kali aku duduk, makan, mandi, baring setiap hari. Setiap hari, apa yang akan terjadi lepas ni?. Kali ni setiap persoalan tak boleh dibiar. Bukan lagi zaman kerja, apa yang bersoal bukan lagi barrier untuk survival hidup. Dan aku patut bersyukur.