Sebelum ni aku ada lukis illustration "Reborn" menceritakan rasa ingin bangkit dari ujian. Aku tak taulah aku pernah citer ke tak. Since aku sekolah kt SMK Sg.Pusu form 1, aku mmg rajin melukis dan simpan illustration aku. Waktu tu kebanykan kerja aku lebih kepada komik, anime dan benda-benda yg bersifat fantasi & surrealism.Tapi usaha 4 tahun aku hilang dalam masa seminggu jer. Semua work-work aku kena tibai dgn student kolej yg menetap kt hostel teknik aku. Gila, aku menangis sebabkan benda mcm ni jer. Tapi semua tu buatkan aku lagi kuat nak melukis.
Semuanya buatkan aku lebih berhati-hati, dan lebih menghargai setiap lukisan yang aku buat. Haha.Segala gembira, sedih, marah, dalam kamus hidup aku gabungkan dalam karya selepas. Semuanya nampak biasa, seorang lelaki,seorang perempuan, berpasangan dan berkumpulan tapi tak semua orang tahu kisah disebaliknya ada suka duka. Aku mengaku, aku memang selalu plagiat kerja-kerja artist tapi itulah yang buatkan aku berbakat. Dari lukisan nilah aku dapat lukis balik "Aku".Kejayaan datangnya dari contoh yang baik. Aku tak kisah orang baca pasal hidup aku atau tidak. Sebelum ni,aku selalu tulis diari, dan smpai koyak diari tu kena baca dengan member-member sekolah. Kena bahan time tu mmg buat aku marah, tapi sekarang bila baca balik,
"Alangkah baiknya kalau aku lukis semuanya, mesti lebih baik dan xkan ada lagi orang gelakkan aku. Yeah, sebab diorang xboleh melukis mcm aku. Haha."
Tapi kisah ni dah lama, setiap kali dalam hidup ada benda bermakna. Kalau macam aku, aku suka kenangkan suatu benda yg lama. Macam kasi sikit motivate kt diri aku sendiri. Bukan mengenangkan suatu yang dah pergi. Aku lagi suka kalau kerja-kerja lama aku post lambat-lambat sikit. Aku tak nak suatu yang baru sentiasa dihadapan. Yang lama dilupakan.
No comments:
Post a Comment