Monday, January 31, 2011

360d Flip Downstairs (2005)


Aku memang minat segala bentuk sukan ekstrem. Skateboard salah satu benda yang pernah buat dunia aku berubah. Dari sekadar poser aku, akhirnya dapat buktikan kat semua kawan-kawan yang aku bukan takat poser. Dalam perubahan diri aku masa form 2, since aku malas nak fikir pasal bercinta after gaduh dengan Z, skateboard banyak menunjukkan diri aku yang negatif. Membawa kepada sifat sebenar aku yang suka memberontak. Tapi faedah yang aku dapat ialah sifat berani, kental. Tapi tu semua salah satu proses macam mana aku bentuk ego aku. Begitu jugak masa aku start berhenti main skate.


Semuanya membawa kepada perubahan positive dan aku tak lah kata main skate tu merosakkan tapi cuma terlalu obsess hingga membawa kepada sesuatu yang negative. Especially that time takde galakan dalam sukan ni. Maybe one day, aku harap orang dewasa dapat faham kenapa remaja perlukan sukan macam ni. Dan sebenarnya lukisan ni untuk flashback zaman peralihan aku dari SMK Sg Pusu ke SMK Tmn Keramat. Takdenya skateboard dalam hidup aku takde lah perubahan. Cuma aku akan terus jadi seorang pendiam yang suka melukis dan  jiwang karat. Hahaha…

This Journal are wrote since 2006 (Because every drawing/picture has a story behind)

No comments:

Post a Comment